Pelangi merupakan satu fenomena yang berlaku apabila titisan air hujan menyerakkan cahaya matahari kepada tujuh juzuk warna asasnya.
warna pelangi
Cahaya matahari kelihatan tidak berwarna dan dinamai ‘cahaya putih’. Akan tetapi sebenarnya cahaya itu terdiri daripada campuran warna yang berbeza. Kita hanya dapat melihat warna itu apabila cahaya melalui bahan lutsinar (seperti air atau kaca), yang menyerakkan warna itu menjadi warna pelangi yang dinamai spektrum. Spektrum terdiri daripada tujuh warna — merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu — sama seperti dua jenis cahaya (ultraungu dan inframerah) yang tidak dapat kita lihat.
Bagaimanakah terjadinya pelangi ?
Ramai orang pernah melihat spektrum yang dibentuk oleh pelangi. Spektrum ini dibentuk oleh biasan dan pantulan cahaya matahari dalam titisan air hujan di langit. Ini berlaku ketika matahari tidak diselindungi awan dan mula bersinar dengan teriknya semasa hujan turun. Seperti prisma, titisan air hujan menyerakkan cahaya putih kepada pelbagai warna.
Tips : Untuk melihat pelangi dengan jelas,anda mestilah membelakangi matahari dan melihat ke arah titisan air hujan.

0 komentar:
Posting Komentar